
Sulit
4 tahun
Pernafasan yang tak menentu
Saya berumur 22 dan saya mempunyai masalah pernafasan seperti menguap tidak sampai dan terkadang nak mengambil nafas itu susah, saya mempunyai asma tetapi sudah belasan tahun tidak kena serangan asma, sebelum ini pernafasan saya elok tetapi beberapa bulan ini pernafasan saya agak bermasalah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- asma
- jangkitan paru-paru akut (pneumonia)
- kegagalan jantung
- kekurangan darah merah (anaemia)
- alahan
- resdung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.