
Sulit
5 tahun
Pernah ke kawasan covid 19
17/3 saya ada mengisi minyak di shell sungai ramal. Harini 22/3 saya mendapat tahu ada seorang pekerja shell tersebut positif covid 19. Adakah saya perlu membuat saringan covid 19 di hospital ataupon saya perlu self quarantine dulu?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk pengetahuan anda, jika anda mengamalkan langkah pencegahan yang telah digariskan, nescaya risiko untuk anda mendapatkan jangkitan adalah kurang.
Namun, anda perlu untuk sentiasa memantau simptm jangkitan Covid-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, demam dan selsemaboleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- jangkitan influenza
- Allergic Rhinitis
- Demam denggi
- jangkitan pada saluran atas penafasan
Keperluan ujian saringan COVID-19 adalah bergantung pada risiko jangkitan. oleh itu, Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Sekiranya anda berisiko sederhana tinggi atau tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini