
Sulit
4 tahun
Pertanyaan hiv lelaki
Saya lelaki 20 tahun dan melakuan sex ringan2 tanpa cucuk. Sehingga sekarang saya telah menggunakan rapid test sebanyak 2 kali iaitu sye test pada hari ke 24 dan hari ke 60 adalah menunjuk negatif… adakeh hiv rapid test ni result benar. Jika kena hiv, apakah effect permulaan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Pesakit yang dijangkiti akan menunjukkam simptom yang tidak spesifik seperti demam, sakit sendi, selsema dan pening kepala slepas 2 minggu hingga 2 bulan selepas dijangkiti.
Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai ujian HIV yang dilakukan berdasarkan waktu antara seseorang terdedah pada HIV dan ujian HIV untuk mengesan virus yang dipanggil window period. Antara ujian HIV yang boleh mengesan virus ialah
- nucleic acid test (NAT), ujian ini boleh mengesan virus selepas 10 - 33 hari selepas pendedahan pada virus
- antigen/antibody test: akan mengesan virus selepas 18 - 45 hari selepas pendedahan kepada virus
- antibody test: akan mengesan virus selepas 23 - 90 hari selepas pendedahan kepada virus.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan!
Ujian HIV ini amat tepat jika anda membuat dalam window period yang ditetapkan tetapi amat digalakkan untuk membuat ujian kepastian selepas 3 bulan selepas pendedahan virus. Namun begitu anda patut berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda boleh juga klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Bebas dari jangkitan kelamin! Pakar sedia membantu!