
Anonymous
2 tahun
Pertanyaan mengenai folic acid
Saya baru berkahwin sebulan dan baru mula untuk consume folic acid…sekarang saya nak consume dulu baru plan utk ada baby… berapa lama sy harus consume folic acid sebelum mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pengambilan supplement asid folik dapat membantu mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan kongenital utama otak atau tulang belakang, termasuk kecacatan tiub neural, seperti spina bifida dan anencephaly ( kepala bayi kecil atau tiada kepala).
Untuk menjawab soalan puan, sebaiknya, asid folik diambil sebulan sebelum kehamilan dan tiga bulan pertama kehamilan.
Dos yang biasa disarankan oleh doktor bagi wanita yang sedang merancang atau pada awal kehamilan adalah 400 mcg setiap hari. Namun bagi wanita yang mengalami masalah kesihatan tertentu mungkin memerlukan pengambilan dalam dos yang lebih tinggi. Sebaiknya, rujuk kepada doktor anda bagi mengetahui dos yang perlu diambil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.