
Sulit
5 tahun
Pertanyaan tentang sukatan suhu badan
Saya berusia 33 tahun,saya sekarang menggunakan thermometer infrared untuk telinga,bila saya sukat suhu telinga kiri dan kanan result berlainan,telinga kanan 37.8 celcius ke atas berbanding telinga kiri akan kurang 0.6 celcius.banyak kali test balik tetap sama result nya…dan saya ada juga sukat suhu telinga suami dan anak tapi result suhu telinga kiri dan kanan mereka adalah sama. adakah saya ada simptom2 penyakit lain atau adakah ini normal? dan di antara bahagian dalam telinga, dalam mulut dan dahi manakah paling tepat untuk menyukat suhu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, suhu yang paling tepat ialah suhu rektum. Suhu ketiak boleh digunakan untuk kanak-kanak tetapi bacaan nya boleh menjadi kurang tepat. Suhu telinga pula disarankan untuk kanak-kanak yang berusia lebih dari 2 tahun. Anda boleh pilih mana-mana bacaan, tetapi untuk pantaun suhu badan anda, pilih satu sahaja dan rekodkan perubahan suhu badan. Selain itu, normal bagi suhu untuk berbeza mengikut anggota badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.