
Sulit
5 tahun
Perut kembung (rasa panas)
Hai Doc, sy lelaki 30an.Sy kerap rasa kembung perut & berangin.Jk gjala ini dtg setiap kali mkn akn muntah sedikit. Pd masa sama bhagian dada rasa sakit & ketat srta berasa panas pd bhagian lengan tangan srta menyebabkn kepala rasa pening.Adakalanya sy berasa lapar walau sy sudah makan. Apakah gejala yg sy hadapi & bagaimana utk sy atasi? Adakah merupakn gastrik? T.kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda serta pemeriksaan yang perlu ditanyakan. Hanya dari gejala yang anda terangkan di atas, sukar untuk mengetahui punca masalan anda.
Namun begitu untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keracunan makanan
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.