
Sulit
4 tahun
Petting bersama pasangan
Saya melakukan heavy petting bersama pasangan saya tapi saya tidak ejakulasi langsung di sekitar vagina nya mahupun tiada sebarang penetrasi berlaku. Last waktu kami bersama , 6 hari yang lalu . Pasangan saya risau akan kehamilan kerana haid nya sudah lambat 9 hari dan badannya sakit belakang dan masuk angin serta kadang kadang perutnya cramp 2 3 hari ini. Adkah berpotensi untuk pasangan saya hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, adalah mustahil untuk berlaku kehamilan sekiranya penetrasi tidak dilakukan. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah di antara 2 hingga 7 hari. Sekiranya masalah haid tersebut berlarutan, kami sarankan pasangan anda untuk berjumpa dengan doktor mengenai masalah yang dihadapi.
Namun begitu, sukar untuk kami katakan bahawa pasangan anda hamil ataupun tidak kerana penetrasi tidak berlaku dan gejala yang dialami mungkin disebabkan oleh masalah yang lain. Sekiranya anda dan pasangan anda masih khuatir tentang kehamilan, kami galakkan beliau membeli kit ujian kehamilan dan berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan sama ada pasangan anda hamil ataupun tidak.
Gejala yang dialami oleh pasangan anda boleh disebabkan oleh:
- Gejala sebelum haid (premenstrual symptoms)
- Jangkitan salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory disease)
- Masalah pinggang ataupun tulang belakang
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.