khairizalghani
3 tahun
Pil Megestrol 160mg Untuk Pesakit Cervical Cancer
Hi Doktor,
Saya hendak tanya sama ada pil megestrol 160mg boleh dibeli di mana-mana farmasi kerana saya perlukan ubat tersebut untuk menambah selera makan ibu saya yang mengidap penyakit cervical cancer stage IVB. TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, megestrol adalah hormon progesteron buatan manusia . Ianya digunakan untuk rawatan kanser payudara, dan endometrium. Ia juga digunakan bagi masalah berat badan yang terlalu kurang bagi pesakit kanser atau AIDS.
Untuk mendapatkan pil megestrol anda memerlukan preskripsi dari doktor. Oleh itu, anda perlu membawa ibu anda berjumpa dengan doktor yang merawat kanser ibu anda sebelum mendapatkan ubat ini kerana hanya beliau yang mengetahui latar belakang penyakit ibu anda serta rawatan yang diberikan.
Pengambilan ubat terutamanya bagi rawatan kanser boleh membawa kesan sampingan yang buruk jika tidak mengikut arahan doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.