syazareza95
6 tahun
Pil perancang cara berhenti
hai saya dah makan ubat perancang maverlon hampir 1 tahun…dan saya ingin berhenti makan ubat perancang…boleh saya tau cara untuk berhenti makan ubat perancang dan apa kesan yang akan datang pada kemudian hari?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yangg anda berikan, anda boleh menghabiskan pek pil perancang yang sedia ada dan tidak mengambil pek baharu selepas itu. Perlu diingatkan bahawa kitaran haid anda mungkin akan menjadi tidak teratur untuk masa beberapa bulan selepas berhenti mengambil pil perancang. Namun peluang untuk hamil adalah kembali seperti biasa mungkin sedikit lambat dengan keadaan haid yang mungkin tidak teratur. Sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid yang terlalu lama selepas berhenti mengambil pil perancang, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































