
Sulit
4 tahun
Pil perancang kehamilan yasmin
Saya sudah habis berpantang, pada hari ke47 suami ajak bersama dan period saya belum datang sepanjang tempoh tersebut… Saya merasa risau dan makan pil perancang yasmin pada malam tu… Adakah saya patut teruskan dengan pil tersebut atau saya perlu tunggu hari period saya datang… Atau ada cara pencegahan lain yang perlu saya lakukan… Anak pertama bersalin czer…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ini merupakan arahan tentang cara memulakan pil yasmin. Sekiranya anda mengambil pil pertama pada hari pertama haid anda, anda tidak perlu gabungkan dengan penggunaan kondom untuk 7 hari kerana anda akan terlindung daripada kehamilan serta-merta. Sekiranya anda mengambil pil yasmin pada hari-hari lain setelah haid, anda harus menggunakan kondom untuk 7 hari. Hal ini kerana anda belum terlindung daripada kehamilan dalam waktu 7 hari ini sekiranya melakukan hubungan seks. Anda harus mengambil pil ini pada waktu yang sama( sebelum tidur merupakan waktu yang sesuai) setiap hari untuk memastikan keberkesanan pil ini.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga harus membaca maklumat yang disertakan dengan pek perancang Yasmin untuk mengetahui info lebih lanjut tentang penggunaan pil ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.