Sulit
6 tahun
Pil perancang menyebabkan mengsndung
Saya ada makan pil perancang sebelum mlakukan seks ttpi stlh bbrpa bulan sy dpti sya mgandung apakah kesan ia.?
Saya blum bersedia hndk mengdung
Jika sya mkan ubt pil perancang blh lgi ke?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan kaedah perancang keluarga memerlukan masa untuk berfungsi sepenuhnya dan selalunya ia mengambil masa 1-2 minggu. Jika anda terus melakukan hubungan kelamin selepas pengambilan perancang keluarga, anda berpeluang untuk hamil kerana tindak balas hormon dalam badan belum terhalang oleh pil perancang yang anda ambil. Pil perancang keluarga tidak boleh diambil ketika mengandung kerana ia boleh membahayakan nyawa anda dan dandungan anda. Mengenai status kehamilan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































