Sulit
5 tahun
Pil perancang (regulon)
Hi,sy ingin bertanya,sy sudah 2tahun ambil pil perancang…Biasanya hari ke 26 sy akan period sehingga hari ke 28(3hari)…Tapi,hari ni hari ke 25,sy bersama dgn suami tanpa sebarang perlindungan…Adakah besar % utk hamil ?? & sy ketakutan,langsung sy makan pil perancang sebiji…ada effect apa2 tak ???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Namun, kami memerlukan maklumat lanjut agar situasi anda difahami dengan lebih jelas lagi sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagaimanapun, untuk makluman anda, jika anda terlewat untuk makan pil perancang, anda harus mengambilnya sejurus selepas anda ingat dan mengambil pil seperti biasa. Selain itu, pasangan anda disarankan untuk menggunakan kondom sekiranya anda terlupa mengambil pil tersebut pada minggu ke2 atau ke3. Pasangan anda juga perlu menggunakan kondom jika bersama sekiranya anda terlupa mengambil pil tersebut pada minggu pertama.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih



































