akhykhairul
4 tahun
Pil postinor 2. Pil elak kehamilan
Hi. Pkl 8 pgi tdi sy ad brsetubuh dgn isteri sy memakai kondom, smase brstubuh kondom pecah dn air mani trpncut dlm. Isteri ada makan pil postinor 2 satu pil untuk elak kehamilan, pkl 11.30 pgi untuk pil prtama. Ikt kiraan haid dia akn datang dlm masa dua hri ni. Sy tak pasti, jika makan pil postinor slepas hbngn seks, kesan untuk elakkan kehamilan or elak dri mengandung boleh brkesan ke jka makan pil postinor selepas dah bersetubuh? Sebelum ni wktu pagi semalam, dia telah pn habiskan pil postinor 2. Dan pada hri ni slepas brsetubuh pkl 8pgi dlm pkl 11.20 dia makan pil postinor 2 yg baru. Kesan ubat tu boleh ke ia elakkan kehamilan dan mengandung? Mohon pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hi. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Antara kesan sampingan pil tersebut ialah mual/loya, muntah dan mengubah kitaran haid. Haid lewat anda mungkin disebabkan kesan sampingan pil tersebut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.