Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pinggang kanan seperti membengkak

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 4, 2020 2:49 PM

Sulit 2 bulan

Saya wanita umur 32 tahun. Saya sudah berkahwin.Belum ada anak. Saya dapati ada bengkakkan dibahagian sisi perut kanan saya. Pada bulan mac lalu saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan result semua normal.saya ada beritahu doctor tentang bengkakkan ni dan doctor memeriksa dengan menekan di beberapa bahagian perut saya semasa saya baring tetapi saya tidak merasa sakit. Apabila pulang rumah, saya berdiri di depan cermin dan cuba menekan di bahagian bengkak tu dan saya rasa senak. Saya sakit apa doctor?

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Ketumbuham usus atau perut
  • Bendasing dalam saluran makanan
  • Masalah otot
  • Hernia

Terdapat juga penyakit yang disebabkan oleh masalah wanita seperti

  • Kandungan di luar rahim
  • Fibroid
  • Adenomyosis

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 04 2020 14:49:33 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Sakit Ari Ari dan Pinggang seperti menyucuk saya berumur 21 tahun . saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan ari2 . saya dah mengalami untuk beberapa hari ni . period saya lambat lg . boleh saya tahu kenapa ya ? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit ari ari dan pinggang belakang Saye wanita dalam umur 21 tahun Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit pinggang sangat2 secara tiba2 sebelum buang air juga selepas buang air Saya berumur 31 tahun…2 3 hari ni saya rasa sakit kt bhgian pinggang sblh kanan…contoh mcm sekarang…rasa nk buang air kecik…dlm pada masa yg sama…sakit tp saya gagahkan jugak ke tandas…dan selep… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kurang selesa di bahagian pinggang saya sering mengalami masalah terasa panas di sekitar pinggsng bawah perut…bahagian pinggang kebawah terasa macam suhu naik…kaki sejuk…apa masalah ye Baca lagi...
49 hari
Sulit
Demam kerana mempunyai batu karang di kidney sebelah kanan dan kiri Saya seorang lelaki berumur 34 tahun. Berkerja sebagai jurutera teknologi maklumat. Pada bulan lepas saya terasa ada sakit sikit dibahagian abdomen kiri berserta demam panas selama beberapa hari… Baca lagi...
53 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi