
hanna.zainal91
4 tahun
Post-partum bleeding (darah nifas) berhenti di hari ke-5 selepas bersalin
Saya wanita berusia 30 tahun dan baru melahirkan anak kedua secara normal. Darah nifas pada hari pertama hingga ketiga saya kira normal (mengikut pengalaman anak pertama dahulu) darah yg banyak dan berketul. Namun pada hari ke 4, darah nifas yang keluar menurun secara drastik. Dan ia berterusan sehingga hari ke-5. Pada hari ke-6 onwards yang keluar hanya cecair kuning yang saya percaya ianya adalah lokia. Adakah ini normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada anda, atas kelahiran bayi yang kedua. Semoga anda sekeluarga dapat menikmati detik-detik indah ini bersama dengan penuh kebahagiaan dan rasa kasih sayang.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk pengetahuan anda, darah nifas dan lokia merupakan cecair yang sama. Umumnya lokia terbahagi kepada 3 jenis.
Lokia rubra (merah gelap) - Lazimnya pada hari pertama hingga ketiga
Lokia serosa (merah jambu) - Lazimnya pada hari keempat hingga kesepuluh
Lokia alba (putih kekuningan) - Lazimnya pada hari kesebelas dan keatas
Walau bagaimanapun perlu difahamkan bahawa terdapat pelabgai faktor yang dapat memperpanjang atau memperpendekkan jumlah hari pada setiap jenis darah nifas. Tamabaha pula setiap wanita yang sihat juga mampu mengalami warna darah nifas dan situasi nifas yang berbeza.
Namun sekiranya anda mengalami:
- kegelisahan atau kerisauan yang berpanjangan
- kesulitan dalam menyusukan anak bayi
- gejala-gejala seperti
- mual muntah
- pening kepala
- loya atau pitam
- demam
Sila segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang terdekat
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.