khoaii299
3 tahun
Postinor 2 adakah boleh mengelakkan mengandung selepas berhubungan bersama suami
Saya wanita dalam 20an saya nak bertanya, saya baru lepas berhubungan dengan suami jadi saya nak elakkan mengandung tak sampai dalam 1 jam selepas berhubungan saya mengambil 2 biji sekali postinor 2 sebab saya berasa cemas dan saya tak bersedia untuk ada anak buat masa sekarang. Selepas 6 jam saya mengambil 1 biji lagi. Adakah dengan pengambilan secara begini boleh mengelakkan mengandung? Mohon berikan penjelasan
3 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun berikut hanya deskripsi awal yang memerlukan arahan selanjutnya dari doktor yang lebih pakar.
Pil Perancang berfungsi dengan mengganggu hormon dalam badan anda - dengan cara, mencegah berlakunya inseminasi atau persenyawaan di dalam rahim.
Lebih awal anda mengambil Pil Perancang, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya (tablet pertama) sebaik sahaja selepas bersetubuh atau selewat-lewatnya 72 jam selepas. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
Dianggarkan bahawa Pil Perancang akan mencegah 95% kehamilan jika diambil dalam 24 jam pertama, namun turun menjadi 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam setelah hubungan seks tanpa perlindungan.
Namun untuk mengenalpasti kondisi rahim anda, anda boleh melakukan ujian kehamilan di rumah dengan cara yang betul, atau merujuk ke doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.
Walaupun ia tidak berbahaya. namun masih mempunyai kesan sampingan yang berdampak pada sesetengah wanita. Selain itu, terlalu kerap memakan pil ini juga akan mengganggu kitaran haid wanita dan meningkatkan lagi kadar kesan sampingan yang lain.
Antara kesan sampingan pil ini adalah :
- Haid tidak teratur
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Pendarahan
Antara kontraindikasi (baca: syarat-syarat tidak boleh digunakan) Pil Perancang adalah:
- Kehamilan
- Masih menyusu anak bayi
- Terdapat perdarahan kelamin (baca: istihadah)
- Gangguan organ hati
- Sejarah alahan pada ubat
- Telah melakukan hubungan seks melebihi 72 jam sebelumnya
Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.