
Sulit
4 tahun
Postinor scara harian boleh mnyebabkan kemandulan?
saya baru sahaja menikah dan tidak mempunyai rancangan untuk mmpunyai anak dlm waktu trdekat… ketika melakukan hubungan intim dgn suami, saya ambil postinor. skrng saya cuma ambil postinor… adakah pengambilan postinor 3hari berturut boleh mnyebabkan kemandulan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salah sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan kenyataan yang diberi, kami memahami anda telah mengambil ubat pil perancang kecemasan untuk mengelakkan kehamilan.
Untuk maklumat anda, pil perancang kecemasan bukannya diambil setiap hari untuk merancang kehamilan. Cara pil perancang kecemasan berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.
Informasi dengan lebih lanjut tentang pil perancang kecemasan boleh didapati di bawah.
Pil perancang kecemasan tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa pil perancang kecemasan akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Tidak diketahui sama ada pil perancang kecemasan berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Kami sarankan anda boleh mencuba kaedah kontraseptif yang lain seperti:
- Memakai condom
- Combine-oral contraceptive pill (COC’s)
- Intrauterine Device (IUD)
- Diafragma serviks
- Pull-out method
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.