
Sulit
4 tahun
Pregnancy symptoms but UPT negative
Hi/Salam. Sy berusia 29 tahun dan baru berkahwin hujung Oct tahun ini. Sy tidak mengalami haid selama 2 bln sebelum majlis sy dan hanya tergerak hati untuk pergi check di Obgyn Clinic selepas selesai majlis iaitu pertengahan Nov dan diberi marvelon untuk dtg haid kerana dinding rahim sy tllu tebal ketika discan dan upt test negative ketika itu. Hari ke8 makan ubat sy dtg period tetapi selepas hari ke 8(haid dah stop), sy mengalami spotting sbyk 2x shari. Dan stop pada hari ke 10 (menstrual cycle). Kini sy mengalami simptom2 mengandung (payudara sakit berdenyut-denyut, kawasan pelvik mengencang, bloating, constipation, nausea) tapi upt msih negatif. Apa perlu sy buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, gejala- gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom premenstrual (gejala seperti kehamilan)
- kesan sampingan ubat hormon
- kehamilan (UPT yang digunakan mungkin rosak atau telah tamat tempoh)
Sila klik pada link ini bagi mengetahui “Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.