Sulit
3 tahun
Pregnant but bleeding
hai salam sejahtera doktor, saya sara. saya pregnant dalam 4/5 weeks saya sedang bleeding. kadang kadang warna coklat and kadang kadang fresh blood. saya pernah ade molar pregnacy sebelum ni. kandungan saya selamat tak? tapi saya takda cramp, sakit belakang ke apa ke. masuk harini da 8 Hari bleeding. kadang kadang tak keluar. but bila saya buang air kecik saya cangkung dia akan menitis tapi tak banyak.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Saya sarankan anda pergi ke klinik berdekatan dan membuat scan untuk memastikan tiada masalah yang serius.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.