
shahidaawaluddin20
3 tahun
Psoriasis menyebabkan hilang nafsu untuk bersama
Suami saya hidap penyakit psoriasis…kami baru berkahwin, baru² ini penyakit psoriasis suami saya muncul kembali tetapi melibatkan alat sulitnya. Sampai 1 tahap suami saya tidak ingin bersama dengan saya kerana sakit dan kulit mengelupas di bahagian alat sulitnya…hampir 2 bulan kami tidak bersama kerana masalah yang dia alami…namun adakah masalah ini menyebabkan hilang nafsu sekali gus? Adakalanya saya tengok alat sulitnya sudah baik sejak beberapa hari ini, namun dia macam sudah hilang nafsu untuk bersama dengan alasanya sakit apabila bersama…boleh jelaskan adakah penyakit ini menyebabkan hilang nafsu? Adakah penyakit ini menyebabkan mati pucuk? Adakah penyakit ini menyebabkan mandul? Dan adakah penyakit ini boleh menyebabkan dia senak dibahagian kemaluan?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika psoriasis yang berlaku pada suami anda boleh menyebabkan kehilangan nafsu, mati pucuk, mandul dan senak di bahagian kemaluan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu
Untuk pengetahuan anda, kajian telah mendapati bahawa individu yang mempunyai penyakit psoriasis mempunyai anxiety dan kemurungan yang boleh menjejaskan nafsu seseorang seperti kekurangan libido dan mati pucuk.
Secara amnya, psoriasis yang tidak dirawat juga boleh menjejaskan kesuburan seseorang lelaki.
Antara gejala yang boleh berlaku akibat psoriasis di bahagian kemaluan adalah gatal, sakit, pedih dan mudah dijangkiti kuman jika luka.
Gejala ini kebiasaannya boleh dirawat, namun pemerhatian dan pemeriksaan oleh doktor diperlukan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai serta bagi memastikan tiada komplikasi yang serius boleh berlaku.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian supaya kami dapat memberikan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar urologi