emymaizura
6 tahun
Psoriasis: Sesuaikah menggunakah krim econazine
Selamat petang doktor. Saya mengalami psoriasis di bahagian belakang telinga dan juga leher dimana kulit saya kemerahan dan berkuping. Soalan saya,sesuaikah menggunakah krim econazine atau ada krim lain yang bersesuaian dengan keadaan kulit saya ini. Terima kasih. 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, psoriasis adalah penyakit radang kronik genetik, yang mempengaruhi kulit dan sendi. Sebetulnya, tanpa pemeriksaan lanjut, kulit kemerahan berkuping belum boleh didiagnosis psoriasis. Mengambil kira lokasi timbulnya lesi kulit anda ini, boleh jadi penyebabnya adalah berikut, seperti:
- Psoriasis - sejenis penyakit autoimun
- Kulat - akibat jangkitan beberapa jenis kulat
- Kusta - akibat jangkitan bakteria M. Leprae
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































