Sulit
2 tahun
Puting tidak kelihatan pada usia 20an
Saya wanita berumur 21 tahun…boleh sya tahu pada usia berapa puting akan timbul atau kelihatan? Hal ini kerana sya perasan yg puting sya akan timbul apabila teransang seperti waktu sejuk.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mempunyai masalah puting yang tidak kelihatan. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, puting boleh menjadi timbul disebabkan faktor-faktor normal seperti:
- Suhu sejuk
- Rangsangan
- Ovulasi
- Kehamilan
Namun terdapat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Alahan
- Abses payudara
Oleh itu, jika anda mempunyai gejala-gejala lain seperti sakit payudara atau kemerahan anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.