Sulit
4 tahun
Rahim Membengkak & sakit
Saya seorang ibu & isteri berumur 29tahun . Setiap kali bersama suami, mesti rahim bengkak . & Rasa sakit . Saya telah pergi ke private hospital menjalankan pemeriksaan, tetapi doctor mengatakan tiada apa2 . Jadi, kenapa rahim saya membengkak ? Perlu ke saya ke hospital yg lain & jalankan permeriksaan utk kali kedua ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sakit ketika berhubungan (dyspareunia):
- Kecederaan pada dinding faraj
- Vaginitis
- Jangkitan salur kencing
- Faraj yang kering disebabkan kurang stimulasi
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan akan diberikan kepada anda sekiranya perlu. Selain dari itu, anda juga boleh mencuba beberapa perkara ini:
- Memanjangkan aksi pemanas badan (foreplay)
- Menggunakan pelincir
- Berbincang dengan suami anda mengenai masalah anda
Sekiranya perkara ini berlanjutan dan mengganggu aktiviti dan hubungan anda bersama suami, kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.

































