
Sulit
4 tahun
Rasa kembung dan seakan sesak nafas
Hi Dr. Saya berusia 23 tahun. Saya ada masalah di Mana setiap kali selepas makan atau minuman berais saya seakan rasa sesak nafas, perut kembung. Apakah masalah yang dihadapi oleh saya

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Gangguan perut kembung biasanya berpunca dari tabiat pemakanan, seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
Atau kondisi seperti:
- PMS: Sebelum haid, ramai wanita mengalami kembung dan sakit perut
- Selera makan berkurang
- Intoleransi makanan
- Tekanan / stress
Gas juga boleh menjadi penyebab utama perut menjadi kembung, sesetengah tabiat boleh menyebabkan kandungan gas di dalam perut lebih tinggi dan menyebabkan kembung:
- makan atau minum terlalu cepat
- gula-gula getah
- merokok
- memakai gigi palsu longgar
Sendawa dan buang angin (kentut) adalah dua cara udara di dalam badan keluar. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus.
Penyakit yang boleh menyebabkan kembung perut pula termasuk:
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Pedih ulu hati
- Intoleransi makanan
- Asid refluks (GERD)
- Hormon sepeti tiroid atau wanita sebelum menstruasi
- Jangkitan parasit usus (Giardiasis)
- Gangguan tabiat makan seperti anoreksia nervosa atau bulimia nervosa
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Sesak nafas anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru. Sekiranya gejala berlarutan atau bertamabah, sila berjumpa dokter segera.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).