Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Rasa ketulan di hadapan pintu vagina

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Januari 12, 2021 1:12 PM

Sulit 45 hari

saya wanita berumur 20 tahun dan belum berkahwin dan juga masih dara… sejak 3 bulan lepas, saya rasa seperti ada ketulan di vagina saya yang sangat hampir dengan pintu vagina… ketulan itu dapat dirasai tetapi ianya tidak sakit… perkara ini merisaukan saya… adakah itu dara saya yang akan jatuh? atau sekadar lemak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 45 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Antaranya:

  • Bartholin’s cyst
  • Lipoma (gumpalan tisu lemak)
  • Sista (cyst) faraj atau vulva
  • Sebaceous cyst
  • Bulu yang tumbuh ke dalam (ingrown hair)
  • Kutil atau ketuat kemaluan disebabkan jangkitan kelamin

Anda risau tentang ketulan di bahagian kemaluan anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Ia langsung tidak ada kena mengena dengan dara. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan dapat dibuat dan diberikan kerana kami bimbang ia berpunca daripada masalah yang lebih serius.

Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami mengenai keadaan anda pada masa ini. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jan 12 2021 13:12:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang kesihatan am wanita secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Tempoh melakukan senaman untuk tambah ketinggian Saya perempuan berumur 14 tahun 2 bulan saya nak minta nasihat doktor… Tempoh waktu bersenam tambah tinggi berapa kali seminggu? Saya pernah cuba melompat 1000 kali hampir setiap hari dan belum … Baca lagi...
13 hari
Sulit
Ada x cara saya untuk cepatkan utk trunkan hormon hcg tu sbb kadang2 saya rasa sakit mcm senggugut dan sakit itu kdang2 boleh sampai punggung saya urine test terdapat 2 line yg kabur…keesokan harinya saya bleeding mcm priod…hari ke 4 dh stop bleeding…tp kadar hcg dlm darah menurun…dari 170 ke 140 dan yg terakhir sekali 100…jd ada x ca… Baca lagi...
10 hari
Sulit
Short Luteal Phase for Trying To Conceive hi doc… sy nk tahu mcm mna cara untuk sy panjangkan luteal phase sy… luteal phase sy cuma 10 hari (period dtg pd hari ke 11dpo)… adkah pengambilan supplement vitex blh bantu pangjangkan luteal p… Baca lagi...
12 hari
Sulit
Pipi sebelah kiri nampak kurus im a girl 17years old, pipi i sebelah kanan memang chubby cheek tp sebelah kiri nmpak kurus dan ada sunken sikit. Apa penyebab nya doc? Adakah faktor pemakanan / penurunan berat badan? Sy risau … Baca lagi...
4 hari
Sulit
Suspek endometriosis Saya perempuan sudah berkahwin setahun. 2 kali keguguran. Pertama di awal perkahwinan. Ke2 bulan 12 2020 . Baru² niey sy baru scan dan doc telah suspek endometriosis. Lagi 2 minggu sy akan follo… Baca lagi...
7 hari