
Sulit
4 tahun
Rasa macam nak demam tapi suhu normal. Bila husband pegang dahi, dia cakap panas
Saya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Last period saya pada 28/12/2020, dan selepas itu ‘bersama’ dgn suami tetapi bukan dalam waktu saya subur. Adakah kemungkinan saya mengandung ? Sebab rasa tak sedap badan dan rasa macam demam tetapi suhu normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Gejala demam adalah sangat umum. Ia boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Selain daripada perkara yang saya nyatakan, terdapat beberapa faktor juga boleh memainkan peranan dalam suhu badan anda seperti:
- Perubahan suhu
- Dehidrasi
- Masalah kelenjar tiroid
- Stress
Untuk makluman pihak anda, tanda-tanda kehamilan adalah seperti berikut:
- Haid lewat
- Mual Loya Atau Muntah
- Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
- Kerap Kencing
- Deria Bau Lebih Sensitif
- Pendarahan kecil
- Keputihan
- Perubahan selera makan
- Keletihan
Kemungkinan untuk mengandung adalah tinggi kerana anda telah bersama dengan pasangan anda. Namun begitu, untuk mengesahkan kehamilan anda harus menjalani ujian lain dan bukannya hanya bergantung kepada gejala ataupun simptom sahaja. Anda boleh membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!