
Sulit
4 tahun
Rasa mual dan mood swing
Isteri saya ambil postinor ketika subur,adakah normal isteri saya mengalami masalah tersebut dan adakah haid akan datang lebih awal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan secara kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor. Haid juga mungkin datang lebih awal.
Berdasarkan penelitian, dapat dianggarkan bahawa Postinor-2 dapat menghalang 85% kehamilan. 95% kehamilan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama. Akan tetapi, efektivitas akan menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan yang tidak dilindungi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih