Sulit
3 tahun
Rasa nak muntah selepas makan
Adik lelaki saya kerap rasa nak muntah terutamanya selepas makan dan disusuli batuk dan demam panas secara mengejut. Kenapa yer?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah mual/muntah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- kesan sampingan ubat-ubatan
- migrain
- masalah gastrik
- spinter bawah esofagus menjadi ketat
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































