
Sulit
5 tahun
Rasa ngilu pada kemaluan
Saya lelaki berumur lewat 30an. Sejak 2-3 hari yg lalu saya berasa ngilu di bahagian kemaluan (kepala). Pembuangan air kecil saya setiap hari adalah seperti biasa dan tiada apa2 yang tdak normal pada kemaluan saya mahupun kawasan sekitarnya. Sebelum rasa ngilu ini, saya juga pernah merasa tidak selesa di kawasan ari2 tetapi ianya hanya sekitar beberapa jam saja. Mohon bantuan doktor samada ini adalah tanda2 jangkitan salur kencing atau lain2 jangkitan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
- jangkitan kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang masalah anda, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am bagi gejala yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.