
Sulit
4 tahun
Rasa pening, Cepat letih, Nafas berat
Assalamualaikum… Saya disahkan +ve Covid-19 pada 26/5. Saya tiada gejala yang serious, hanya sakit tekak sahaja… Hari nie 3/6 hari ke-9,saya rasa cepat letih, rasa pening (kadang-kadang) dan rasa nafas saya berat (kadang kadang berlaku)… Adakah ini simptom covid-19? Apa yang perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang segenap gejala seperti batuk, badan menggigil, panas dan sakit badan yang anda hadapi mempunyai kaitan dengan COVID-19 ataupun tidak. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
- Hilang deria bau
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.
Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami berharap ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini