
Sulit
4 tahun
Rasa sakit pada pinggang di sebelah kiri
Salam sejahtera doc ,
Sya wanita berusia 24’an , ssering mengalami sakit pada bahagian belakang pinggang sebelah kiri semasa baring . Kadang2 ia menyebabkan rasa tegang/cramp sehingga sya sukar utk bangun atau bergerak kiri/kanan . Ia membuatkan saya mengambil masa utk mencari jalan supaya sya dpt bangun kembali sambil menahan rasa sakit . Ia berlaku lebih kerap selepas beberapa tahun sya mengalaminya . Sya pernah merujuk perkara ini di klinik tapi doc berkenaan memberi alasan yg tak masuk diakal . Bahkan menyuruh sya dtg kembali ketika rasa sakit .

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami anda bimbang dengan masalah sakit pinggang dan anda juga telah pergi ke klinik tetapi hampa dengan penjelasan doktor itu.
Pada pendapat kami, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan masalah yang anda mungkin sedang hadapi, iaitu:
- Penyakit batu karang akibat memakan makanan yang mengandungi kandungan protin atau garam tinggi.
- Masalah buah pinggang
- Masalah penghadaman disebabkan oleh penyakit ketidakbolehan untuk menghadam makanan tertentu.
- Alahan makanan yang boleh menyebabkan keradangan pada usus.
- Masalah tekanan darah tinggi akibat pemakanan.
- Jangkitan kuman atau keradangan pada salur buah pinggang.
- Kekejangan otot pada ruangan pelvis atau abdomen.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan!
Kami lebih sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai punca masalah yang dihadapi oleh anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.