
Sulit
4 tahun
Rawatan susulan HAART jika saya bekerja di luar negara
Saya dah mulakan HAART beberapa tahun lepas, sekarang saya perlu bekerja di luar negara, macam mana saya nak teruskan rawatan susulan dan ambil ubat seperti sekarang?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Umumnya kepatuhan ubat adalah penting untuk memastikan kadar virus sentiasa terkawal dan bilangan sel CD4 meningkat. Lazimnya, HAART perlu diambil dua kali sehari (e.g. 8 pagi dan 8 malam) dan tepat pada masanya. Namun demikian, kelewatan sebanyak setengah jam tidak akan mempengaruhi keberkesanan HAART.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda berbincang (di atas talian) secara langsung dengan doktor anda atau menghubungi pusat rawatan anda bagi mendapat penjelasan yang lebih komprehensif terhadap pelan rawatan mulai saat ini.
Antara tips lain sebagai peringatan termasuk
- Patuhi masa pengambilan secara tetap setiap hari.
- Patuhi masa dan tarikh temujanji yang telah ditetapkan walaupun berada di luar negara
- Sekiranya terlupa atau terlewat makan ubat, ambil ubat sebaik sahaja teringat.
- Elakkan mengambil ubat-ubatan tradisional atau herba kerana ia boleh mempengaruhi keberkesanan HAART
- Pastikan kuantiti ubat yang mencukupi di bawa semasa anda keluar negara atau melancong
- Sekiranya anda ke luar negara, PASTIKAN anda mengambil ubat mengikut waktu Malaysia
- Kekalkan pengamalan hidup yang sihat
- Jika anda menghadapi sebarang masalah dengan ubat-ubatan anda, sila berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi. JANGAN berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.