dariah

6 tahun

Rawatan untuk kolesterol tinggi

Ubat apa yang boleh rawat kolesterol tinggi?

Hai dan terima kasih kerana mengemukakan soalan anda. Sebelum menjawab soalan anda, izinkan saya memberi sedikit keterangan mengenai kolesterol. Organ hati kita menghasilkan kolesterol daripada lemak yang didapati daripada diet kita. Kolesterol diperlukan oleh badan kita dalam kuantiti tertentu. Ini adalah untuk penghasilan membrane sel, beberapa jenis hormone serta vitamin D. Kiraan paras kolesterol kita ditentukan oleh paras kandungan kolesterol LDL, HDL dan trigliserida. Kiraan yang tinggi adalah petunjuk bagi penyakit kolesterol tinggi.
Kolesterol tinggi diubati oleh ubat anti kolesterol. Jenis ubat antikolesterol yang berbeza bertindak dengan mengurangkan paras kolesterol darah melalui pelbagai fungsi berbeza. Terdapat beberapa jenis ubat antikolesterol:

  1. Perencat Hydroxy-Methylglutaryl Coenzyme A (statin)
  2. Resin pengikat asid hempedu
  3. Asid Nikotinik
  4. Derivatif Asid Fibrik
  5. Perencat serapan kolesterol

Perencat Hydroxy-Methylglutaryl Coenzyme A (HMG Co A) lebih dikenali sebagai statin. Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan penghasilan kolesterol dalam tubuh dengan menghalang sejenis enzim iaitu HMG Co A yang bertanggungjawab untuk menghasilkan kolesterol di dalam organ hati.
Resin pengikat asid hempedu bertindak dengan mengurangkan asid hempedu sehingga menyebabkan kekurangan asid ini. Apabila asid hempedu berkurangan, hati akan meningkatkan penggunaan kolesterol dalam badan untuk menghasilkan asid hempedu dan ini membantu menurunkan paras kolesterol yang berlebihan dalam darah.

Asid nikotinik yang juga dikenali sebagai Niacin bertindak mengurangkan penghasilan kolesterol dalam badan melalui beberapa tapak jalan, dan menyebabkan paras LDL dan Trigliserida menurun dan paras HDL meningkat.

Derivatif Asid Fibrik biasanya digunakan untuk merawat tahap trigliserida yang tinggi dalam darah. Ubat dalam kumpulan ini akan mengurangkan penghasilan Very Low-density lipoproteins (VLDL) dan mempercepatkan pembuangan trigeliserida daripada tubuh.
Perencat serapan kolesterol bertindak dengan menghadkan penyerapan kolesterol daripada sumber makanan di usus tanpa mengganggu penyerapan trigliserida dan vitamin A,D,E dan K.
Untuk memilih ubat anti-kolesterol yang sesuai, anda patut berjumpa dengan doktor dan memberi sejarah kesihatan anda, supaya doktor boleh menasihatkan ubat yang paling sesuai untuk anda.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)