abdulfaizol
4 tahun
Resepi dan minyak masak yang sesuai untuk kolestrol tinggi
Saya berumur 34 tahun, baru-baru ini saya telah membuat ujian darah dan doktor mengesahkan kolestrol saya tinggi dan urid acid tinggi…
saya jenis makan nasi dengan kuantiti kuah yang banyak tetapi saya kurang makanan seafood seperti udang ketam sotong.
Boleh tak doktor cadangkan apa menu makanan dan minyak masak yang sesuai untuk saya mengurangkan kadar kolestrol saya lebih-lebih lagi kolestrol jahat yang tinggi
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kolesterol tinggi boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup. Bersenam selalu dan makan makanan yang berkhasiat. Kurangkan minyak dalam makanan termasuk lemak seperti mentega. Sebenarnya jenis minyak masak tidak begitu memainkan peranan dalam masalah ini. Ianya lebih kepada kuantiti dan teknik penggunaan. Gunakan minyak dengan kadar yang minima dan jangan ulang guna minyak yang telah digunakan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.