Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Risau akan acid rebound

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 7, 2020 1:35 AM

Sulit 2 bulan

Saya sedang ambil pantoprazole untuk dua bulan. Adakah saya akan alami acid rebound selepas dua bulan.Ini sangat merisaukan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah asid rebound kebiasaannya berlaku dalam pesakit yang mengambil ubat PPI dalam jangka masa yang lama. Oleh disebabkan itu, ubat PPI sering kali diberi dalam dos efektif yang paling rendah untuk jangka masa yang pendek.

Maka, anda jangan risau mengenai masalah asid rebound ini. Sekiranya selepas rawatan tamat dan anda mengalami gejala yang sama lagi, amat disarankan untuk anda mendapat pemeriksaan doktor.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 07 2020 01:35:47 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Gerd.. Anxiety.. Panik dan ulser Sy wanita 38thn sy ada gerd… Anxiety dan panik… Baru2 ini sy deman 37.8. Flu…batuk…dlm masa yg sama d sertai ulser d lidah… Ada begkak area ulser lepas tu sy terus berfikir adakah ini kanser ka … Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Tekak Terasa sempit seperti ada asid naik ke tekak Sy lelaki 38thn kebelakangan ni sy terasa tekak sy terasa sempit…sukar bernafas…tak selesa dibuatnya…sblom ni ada disahkan sy ada gastrik…sy selalu sendawa panjang mcm naga terutama selepas mak… Baca lagi...
10 bulan
fatin_auni
Apa makan an yang sesuai untuk masalah gerd Sy wanita berumur 41 thn… Sy nak tanya apa jenis makanan yg sesuai utk masalah Gerd Dan apa yg x boleh makan? Baca lagi...
17 hari
Sulit
Mengalami Pedih Ulu Hati Selamat petang, Saya mengalami pedih ulu hati sejak 3 hari yang lalu. apakah ubat yang boleh meredakan ketidak selesaan yang saya alami? Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Ingin tahu tempat check out Salam sejahtera dok… Sya nak tanye ni… Saye ade asam lambung atau GERD… Perlu ke sya pergi klinik ataupun ke hospital terus untuk check… Tapi keluarga saye tak saran kan saye ke hospital buat ma… Baca lagi...
48 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi