Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Risiko mengidap sifilis

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 23, 2020 8:36 AM

Sulit 28 hari

Selamat sejahtera Dr,
Untuk makluman Dr, suami saya dijangkiti sifilis dan telah mendapatkan rawatan sewajarnya. Bacaan menunjukkan penurunan yang ketara. Bagaimanapun, saya khuatir masih dijangkiti. setiap bulan saya menggunakan Sifilis Test Kit untuk menguji sama ada saya dijangkiti atau tidak. Setakat ini, ujian test kit berkenaan menunjukkan keputusan negatif. Persoalan saya, adakah keputusan ujian tersebut dikira valid atau bagaimana?

Terima kasih untuk maklum balas Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 28 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, ujian kit Syfilis yang diperihalkan anda berfungsi untuk mengesan antibodi yang terhasil dalam badan atas tindakbalas jangkitan Sifilis terhadap badan kita. Antibodi ini ditugaskan untuk memerangi jangkitan tersebut dan selalunya akan dirembeskan beberapa hari selepas jangkitan pertama.

Sekiranya ia menunjukkan keputusan negatif dan tarikh terakhir suami anda atau anda mengalami simptom-simptom sifilis adalah 3 bulan yang lepas, maka keputusan itu adalah sah dan bermakna anda atau suami anda telah bebas daripada jangkitan.

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.

Namun, kami sarankan anda teruskan memantau sekiranya anda atau suami anda mengalami simptom-simptom sifilis atau jangkitan STD yang lain pada kali yang kedua. Sila berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara tersebut berlaku.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Dikemaskini pada: Wed Sep 23 2020 08:36:02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang penyakit kelamin secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Selepas rawatan sifilis jika telah menjalani rawatan sifilis sepenuhnya dan pulih …perlukan sy mengambil ubat prep? Baca lagi...
14 hari
Sulit
Sebab mengapa tumbuh biji air di kemaluan suami saya Saya wanita berumur 20 tahun sudah berkahwin, kenapa ye bila bersama suami kemaluan suami ada tumbuh biji air, bila suami. Pergi klinik check dr kata jangkitan kuman pada kemaluam suami saya. Bi… Baca lagi...
11 hari
Sulit
Kesan onani pada wanita(melakukan water masturbation) Sy wanita brumur 23 tahun. Tidak pernah melakukan sex. Tetapi Sy kerap melakukan onani seperii water masturbation. Apakah kesan buruk yg akn sy alami pd faraj sy, dan adakah sy akn mengalami kel… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Anal discharge setelah abcess pd perianal pecah sendiri Hii saya lelaki berumur 23 tahun beberapa bulan lepas saya mngalami hemorrhoid dan ada abcess pada bahagian peri anal… Setelah mngambil dafflon hemorrhoids saya semakin reda… Tetapi sejak akhir2… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Buah kanan besar sebelah Salam doktor,testis kanan suami sy besar sebelah, pd mulanya senak kemudian besar sebelah kanan, kenapa ye? Setakat ni takde rasa sakit cuma tak selesa… tolong sy doktor… Baca lagi...
23 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!