Anonymous
4 tahun
Risiko Penyakit hiv
Adakah penyakit hiv blh berjangkit…melakukan sex gay…tetapi kedua dua pasangan tiada hiv
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Remaja tidak boleh mengelakkan daripada dijangkiti HIV jika mereka tidak mengetahui bagaimana ia merebak dari seorang individu ke individu lain.
Satu-satunya cara untuk HIV merebak adalah melalui cecair tertentu dari badan, di mana berlakunya pertukaran cecair badan daripada individu yang dijangkiti HIV.Tanpa mengira tahap jangkitan, risiko ia merebak tetap wujud. Cecair badan itu meliputi darah, air mani, cecair rektum, cecair faraj dan susu badan.Kerap kali, HIV menjangkiti secara seksual.
Apabila seorang remaja melakukan hubungan seksual tidak selamat atau dengan pasangan yang mungkin HIV positif, cecair dua individu akan bercampur dan virus boleh merebak, terutama apabila terdapat koyakan dalam tisu faraj atau dubur, luka atau jangkitan seksual lain.
Untuk maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.