
Anonymous
4 tahun
Ruam di beberapa tempat dibadan
Saya wanita 20an,sudah berkahwin, ada anak sorang. Saya pernah melalui kehidupan dimana saya mengamalkan unprotected seks. Bolehkah saya mendapat hiv secara tiba tiba? Adakah ruam yang naik dibadan saya tanda tanda hiv?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ruam pada badan boleh bermaksud banyak perkara dan ini termasuklah penyakit kelamin, gejala awal HIV mahupun penyakit auto-imun. Anda boleh menyemak status HIV anda di klinik-klinik berhampiran anda. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.