Anonymous
6 tahun
Ruam di bhgian payudara, perot dan dicelah²peha
Saya seorang ibu yg mempunyai ank berumur 1thn3bln…sy mengalami gatal yg agk terok dibhgian yg sy sebutkn… Injection dan ubat semua sy dah try… Tp msh sme… Ape sy patut buat seterusnye doc? Sy risau jika anak sy inginkn susu bdn akn berjangkit…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah ruam yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- eczema
- jangkitan kulat
- contact dermatitis (alergik)
- psoriasis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

































