
Anonymous
2 tahun
Rusuk sebelah kiri sakit ketika batuk
Saya berumur 43 tahun .sudah hampir sebulan mengalami batuk berkahak menyebab kan rusuk kiri saya sakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berkahak yang dialami anda boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran udara (bronkitis)
- Jangkitan dalam paru-paru (pneumonia) - boleh memberikan kesan sakit pada dada
- Jangkitan tibi
- Asid refluks (gastrik) - asid dalam perut berjaya masuk dalam saluran udara dan membuatkan anda batuk dan sakit dada bahagian tulang rusuk
- Lemah jantung - boleh menyebabkan paru-paru berair (sekiranya anda mempunyai penyakit jantung)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.