Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit ari ari pinggang

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 2, 2020 3:48 PM

Sulit 2 bulan

As’salammualaikum hi doctor, saya wanita berumur 26 tahun dh berkahwin. 2-3 hari ni bahagian ari-ari dan keliling pinggang saya sakit sangat, dan ibu jari kaki kiri saya sakit kadang kadang terasa kebas. Period saya last 20/3. Bulan april takdatang period. Adakah bahaya? Saya tak ambil ubat apa2 cuma saya merancang utk pregnant, jd saya makan folid acid sahaja. Dan bahagian luar kemaluan saya ada timbul sebiji seakan jerawat atau bisul saya takpasti. Saya mengalami sembelit juga.

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sakit di bahagian pinggang boleh disebabkan oleh:

  1. Otot belakang yang terseliuh
  2. Ketegangan otot belakang
  3. Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
  4. Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
  • Batu karang pada saluran buah pinggang
  • Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
  • Masalah pada struktur ovari pada wanita
  • Masalah pada usus

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 02 2020 15:48:17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Sakit pinggang, loya dan sakit tekak saya mengalami sakit pinggang seperti period selepas seminggu period habis. dan disusuli dengan berasa loya dan angin. apakah ini bahaya? Baca lagi...
34 hari
Sulit
Pinggang kaku selepas hari terlepas haid saya sudah terlepas haid selama 5 hari , pada hari kelima ini sya merasa tidak selesa pada bahagian rahim dan pinggang terasa kaku dan keras seperti sengugut. pada dua bulan lalu sya mengalami k… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Pinggang kanan seperti membengkak Saya wanita umur 32 tahun. Saya sudah berkahwin.Belum ada anak. Saya dapati ada bengkakkan dibahagian sisi perut kanan saya. Pada bulan mac lalu saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan result se… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit Pinggang ketika Hamil Saya wanita berumur 27 tahun dan sedang mengandung anak pertama 19 minggu. Berat saya 73 kg dengan ketinggian 161 cm. Saya ingin bertanya, adakah normal pada usia kandungan sebegini, saya sudah … Baca lagi...
51 hari
Sulit
Punca sakit menyucuk dibahagian pinggang sudah 4 hari saya rasa menyucuk di bahagian pinggang Apakah punca ? Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi