
Sulit
4 tahun
Sakit atas dada kiri semasa period
Assalamualaikum doktar… saya umur 19 tahun… saya nak tanya kenapa semasa period, ada hari bila saya bangun daripada tidur, badan dan sendi2 saya rasa sakit terutamanya dekat atas dada kiri saya… kalau nak bernafas dlm2 rasa sakit kat dada kiri saya… untuk pengetahuan doktar, saya pernah sakit radang sendi selama 6 bulan dan selepas tu radang sendi saya semakin hilang dan saya stop buat appointment tapi sebelum nak period rasa sakit radang sendi tuh datang balik sampaikan sakit nak berjalan dan seluruh tubuh… sekarang nih dah jarang berlaku… tapi rasa sakit atas dada kiri semasa period still ada… kenapa dengan saya doktar? Kenapa semasa period je berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit dada.
Untuk makluman anda, sakit dada yang berlaku ketika haid adalah disebabkan oleh perubahan hormon. Hormon estrogen yang berkurangan ketika tempoh haid menyebabkan sakit dada berlaku. Namun begitu, saya tidak menolak kemungkinan lain sakit dada terjadi seperti:
- Serangan jantung: ia boleh berlaku samada pada waktu rehat atau beraktiviti, diiringi dengan gejala kebas kebas di bahagian lengan, bahu dan rahang
- Jangkitan kuman pada jantung
- Jangkitan kuman pada paru paru
- Penyakit Refluks ( GERD )
- Keradangan otot di bahagian dada
- Masalah tulang di bahagian dada
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sekiranya maslah yang anda alami berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda, sila berjumpa dengan doktor du klinik bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Berkenaan dengan masalah sakit sendi, sila rujuk kembali pakar yang merawat anda sebelum ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.