
lyanadaniel584
5 tahun
Sakit bawah perut dan tekanan pada dubur
Hai dokter. Sy seorg perempuan umur 28tahun. Ibu kepada 5 org anak. Ank terakhir lahir pd bulan 12/2018. Saya nak bertanya kan simptom sy. Saya sering rase krano bawah perut. Bila ditekan sakit sampai ke lubang dubur. Rse ditarik2. Saya da buat skop mlalui mulut dan dokter ckp sy gastrik dan dbekalkan ubat panto. Sjk bberapa bulan lepas,sakit bawah perut jd kerap. Lebih kepada xselesa. Dan bila sakit,kawasan dubur turut sakit. Knp ya dokter?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah masih kurang lengkap bagi menegakkan sebarang diagnosis. Secara umum, sakit perut diserai tekanan pada lubang dubur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat jangkitan cacing perut seperti cacing pita
- Masalah dubur akibat jangkitan kulit atau akibat bulu dubur
- Penyakit usus seperti IBS ataupun IBD
- Akibat intoleransi laktose seperti susu
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.