
Sulit
3 tahun
Sakit belah atas dada kiri
Saya perempuan umur 26 tahun . Saya hendak bangun daripada perbaringan dan secara tiba tiba merasa sakit di bahagian atas dada kiri. Any pergerakkan akan sakit juga.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, gejala yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum dan terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Paru-paru berair ( pleural effusion )
- Radang tulang rusuk ( costochondritis )
- Refluks asid atau GERD
- Psikologikal:
- Kurang rehat
- Keresahan ( anxiety )
- Kemurungan ( depression )
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana gejala yang dialami oleh anda memerlukan perhatian segera oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.