
Sulit
3 tahun
Sakit belakang badan,tengkuk,kerap letih
Mcm ni doc.saya lelaki,saya berumur 21 thun …saya nk tanya.saya dh sakit belakang,sakit atas punggung, dan tengkuk lebih kurng 4 thun doc.sakit belakang ni kekal smpai ke hari ni.rasa x selesa.dia x sakit tapi lenguh2 teruk.rasa kalau tumbuk kuat2 kat tmpt lenguh tu baru ok.dan.saya cepat letih ,kalau nak buat bnda berat sikit akan rasa sejuk2 badan dan pening kepala.smpai 1 tahap klau sy push lg saya akn pitam.saya nk tau apa skit saya doc.dan perlu ke sya jmpa doc.tapi masa 4 thun lepas
Saya kerap melakukan kegiatan onani,makan bnda yg masam cicah garam…mcm mkn pelam muda cicah garam,buah kelubi cicah garam.mcm tu doc,adakah itu sakit buah pinggang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit belakang serta lenguh tengkuk sering berkait dengan postur atau aktiviti lasak. Anda juga boleh cuba senaman tidak lasak untuk menguatkan otot dan memperbetul postur.
Namun, gelaja bahaya dan membimbangkan adalah jika anda benar-benar pitam apabila mengangkat berat. Ia mungkin disebabkan oleh masalah saraf yang serius.
Manakala masalah buah pinggang, tidak mempunyai simptom yang anda alami. Simptom sakit buah pinggang lebih spesifik kepada masalah kencing atau perubahannya.
Benar, bahawa kekerapan onani boleh membawa kesan buruk. Namun, ia tidak serius seperti yang anda nyatakan.
Untuk maklumat lanjut, sila nyatakan masalah ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.