
Sulit
5 tahun
Sakit belakang lepas epidural
From my wife
Sy pernah bersalin 1st normal+epidural(tube frm spinal to machine) 3yrs ago… lepas tu saya selalu sakit blkg. Kdg2 rase mcm lumpuh xboleh nak bangun sakit sangat.2yrs still sakit. Last year
I bersalin czer 2nd doter. Also got epidural(injection). Now still sakit. Im potential to slip disc ke?
Tq. Ifa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit belakang dapat timbul disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
- Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
- Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
- Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
- Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Sebetulnya sakit ini mungkin tidak dikeranakan oleh suntikan tersebut kerana lokasi suntikan epidural adalah lokasi selamat yang tidak mencederakan bahagian-bahagian belakang. Sebaiknya anda perhatikan dan kenalpasti risiko lain yang mungkin terkait dengan masalah tulang belakang anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.