myheartfilia
4 tahun
Sakit belakang,lulut,dada dan tapak kaki
Saya umur 21 wanita…saya mengalami sakit belakang sampai rasa kebas di bahagian punggung sampai kaki…lutut saya rasa sangat nyilu pada waktu malam…dada saya sakit sampai susah nak bernafas…tapak kaki rasa berdenyut dan mencucuk cucuk pada waktu malam…apa kh sebab nya doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.