
Sulit
4 tahun
Sakit belikat sebelah kanan
Saya wanita umur 50thn. Masalah sakit belikat kanan saya dah hampir sethn saya hidapi. Skrg dah menular sakit bahu dan leher. Seluruh tangan kanan saya kadang2 rasa menyukuk2 dan semut2. Saya dah usaha pergi berurut seluruh bdn dan lebihkan bahagian belikat kanan. Saya juga ada mkn ubat klinik spt ubat saraf, otot n tahan sakit tapi semuanya x berkesan. Skrg baru 10 hari saya cuba mkn ubat shaklee spt omega, ostermatrix, b complex n vivix. Tapi belikat saya masih lagi sakit terutama sekali semasa baru bangun tido, sakitnya sgt teruk. Tolong la saya doc… Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit belikat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belikat yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang - akibat postur duduk atau tidur tidak kondusif
- Kecederaan tulang belakang - akibat mengangkat benda berat atau kecederaan ketika bersukan
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang
Sekiranya masalah sakit ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih