Sulit
3 tahun
Sakit buah dada sebelah kanan
Saya sakit buah dada kanan. Ada ketulan lembik. Sakit apabila baring sebelah kanan. Period baru habis tp masih sakit lg. Sblm ini sakit bahu yg teramat sgt dan tangapa perlu saya lakukan.an x boleh angkat tapi skrg dah ok.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, sakit payudara mempunyai pelbagai punca. Antaranya adalah:
- Mastitis
- Fibroadenoma payudara
- Radang payudara
- Lipoma (ketulan kulit)
- Barah payudara - Lebih lazim dalam kalangan wanita yang lebih berumur sekiranya anda mempunyai gejala hilang berat badan, sejarah kekeluargaan atau benjolan pada payudara,
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri merupakan ketumbuhan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.