Sulit
3 tahun
Sakit buah zakar sebelah kanan
Saya lelaki 27 . Saya mengalami senak di telur sebelah kanan .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang lelaki boleh mendapat sakit di bahagian testis (buah zakar):
- Kecederaan pada testis
- Radang testis (orchitis atau epididymo-orchitis)
- Testicular torsion (di mana saluran darah tersumbat disebabkan testis dan salurannya berpintal)
- Jangkitan kelamin
- Kanser testis
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami sakit pada bahagian tersebut. Pemeriksaan lanjut oleh doktor haruslah dibuat supaya puncanya dapat dicari dan dirawat. Kami galakkan anda untuk berjumpa dengan doktor sebelum keadaan anda melarat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kami yang bertauliah di atas talian. Terima kasih.